suria

Polis buru pencuri, imej CCTV tunjuk punggung jadi petunjuk

Polis mengeluarkan rakaman CCTV bagi memburu suspek. foto SWNS/West Midlands Police

POLIS kini memburu pencuri dengan mengeluarkan imej yang berbeza berikutan salah seorang daripada mereka tidak menunjukkan wajahnya.

Sebaliknya, polis berharap identiti suspek dapat dikenal pasti, berdasarkan imej punggungnya dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman CCTV dikongsikan menunjukkan dua lelaki cuba mencuri peralatan dari sebuah van.

Dalam kejadian di Coventry, England, salah seorang daripada mereka mencuri barang dari sebuah kereta dengan memecahkan tingkap kenderaan.

Manakala seorang lagi cuba meninjau persekitaran daripada kenderaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakan bergambar, wanita Rusia tayang punggung dekat rumah presiden dipenjara 14 hari

Polis West Midlands juga mengeluarkan CCTV, menunjukkan dua lelaki membuka sebuah van putih di Torrington Avenue dua hari sebelum itu, sebelum melarikan diri apabila mereka diganggu.

Penyiasat Polis Coventry, Inspektor Stew Lewis berkata: "Kita berharap video itu akan dikongsi secara meluas dan mendapat maklumat tentang siapa yang mungkin terlibat.

"Tetapi kesalahan ini bukan bahan jenaka. Pencuri ini telah mencuri peralatan bernilai beribu-ribu pound, menyebabkan kerugian peniaga sehingga menjejaskan mereka.

"Kita perlu mencari pencuri ini. Jika anda fikir mengenali mereka, mengesyaki siapa yang mungkin terlibat, atau menawarkan alat untuk dijual dalam keadaan mencurigakan, sila hubungi polis," - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

punggung, polis buru, suspek, pencuri, punggung, CCTV,

Artikel Lain