SIAPA sangka, simptom penyakit sinus yang masih berterusan walaupun sudah dirawat rupanya tumor otak sebesar buah oren. Meskipun sukar dipercayai, namun Michelle Francis terpaksa menerimanya selepas diagnosis lanjut dilakukan. Menceritakan situasi yang dialami, ujar wanita berusia 47 tahun itu, dia pada awalnya sering berasa tidak sihat pada Jun 2020 dengan simptom keletihan dan pening yang melampau. Menerusi rawatan awal, dia hanya diberikan antibiotik untuk jangkitan sinus yang sepatutnya. Namun selepas setahun mengalami 'masalah' yang sama di samping perubahan drastik pada tubuh termasuk penglihatan semakin kabur dan kebas sebelah badan, barulah dia disahkan menghidap tumor otak. Malah menerusi scan CT yang dilakukan, ketumbuhan sepanjang tujuh sentimeter itu terhimpit antara tengkorak dan otaknya. "Saya pergi untuk rawatan mata tetapi pakar optik menemui sesuatu yang mengejutkan. "Sekitar Februari 2021 juga saya tidak dapat tidur dengan lena kerana telinga asyik berdesing," ujarnya yang pernah tiba-tiba pengsan pada November tahun lalu. Susulan daripada itu, pada 18 Januari lepas, pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan ketumbuhan. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI