SEORANG ahli fisioterapi telah dilarang merawat wanita seumur hidupnya selepas tribunal mendapati dia bersalah kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang pesakit wanita ketika rawatan dilakukan, di bahagian barat Sydney. Difahamkan suspek, Dr Oscar Yildirim telah dua kali merawat wanita terbabit yang mengalami sakit belakang pada 2018 di Bodyfocus Physiotherapy dan Sports Injury. Namun selepas tiga hari rawatan kedua dilakukan, wanita berkenaan membuat aduan dan mengatakan suspek cuba membuka seluar dalamnya sebanyak dua kali. Menceritakan situasi yang dialami, ujarnya, pada masa kejadian, dia sedang berbaring di atas meja urut apabila suspek menarik seluar dalamnya sehingga mendedahkan badan. Dia juga mengakui keadaan tersebut berlaku dalam tempoh yang sehinggakan dia berasa tidak selesa. Susulan itu, Yildirim didapati bersalah pada 2021 dan dilarang daripada berlatih selama enam bulan malah dia tidak dibenarkan merawat wanita atau bekerja secara solo. Berpengalaman sebagai fisio dari 1997 hingga 2020, Yildirim juga diarahkan untuk memaklumkan majikan tentang syarat-syarat yang dinyatakan itu secara bertulis dalam tempoh lima hari selepas memulakan pekerjaan. Majlis Fisioterapi NSW juga mesti diberi kenyataan bertulis dan ditandatangani daripada majikan yang menyatakan mereka mengetahui syarat-syarat tersebut. - Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI