suria

Disangka mati, wang pencen dihentikan kerajaan! Lelaki 102 tahun nekad kahwin lagi, bukti masih hidup

Duli Chand hadir ke pejabat kerajaan dengan memakai baju pengantin sambil menaiki kereta kuda

DEMI mendapatkan wang persaraan yang dihentikan kerajaan sejak enam bulan lalu, seorang lelaki berusia 102 tahun sanggup berkahwin sekali gus membuktikan bahawa dirinya masih hidup.

Tindakan Duli Chand itu berikutan dia menemui jalan buntu selepas wang persaraannya dihentikan.

Ia berikutan kerajaan India tidak percaya jika dia masih hidup di usia yang lanjut.

Susulan perkahwinannya itu, Chand dikatakan hadir ke pejabat kerajaan dengan menaiki kereta kuda sambil diiringi band.

Malah dia turut menjerti 'saya hidup' di hadapan pejabat berkenaan.

Menurut Chand, wang pencennya dihentikan pada Mac lalu dan pihak kerajaan menyatakan dia sudah meninggal dunia.

"Saya sudah berusaha untuk membuktikan bahawa diri saya masih hidup, tetapi sia-sia sahaja," luahnya. - New Indian Express

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

wang pencen, disangka mati,

Artikel Lain