MENYAYAT hati apabila seorang ibu menggantung diri di hadapan anak kandung berusia sembilan tahun. Kejadian berlaku di Lamba Leda Timur di Manggarai Timur di Nusa Tenggara, Indonesia. Ketua Polis Mano, Bripka Vinsensius Sahu berkata, insiden berlaku di rumah wanita berusia 32 tahun itu pada pukul 10 pagi Ahad. "Si ibu mengambil penyangkut dan memasangnya pada tiang siling bilik," kata Vinsensius dalam satu kenyataan kepada Kompas, pada Isnin. Bagaimanapun, si ibu sempat berpesan kepada anaknya sebelum membunuh diri. ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... budak maut gantung diri, kecewa mak ayah tak kasi duit beli tiket wayang Menurutnya, ibu kepada kanak-kanak itu sempat meninggalkan pesan supaya dia menjaga bapa dan adiknya. Ketika kejadian, suami kepada wanita itu tiada di rumah. Motif si ibu menggantung diri masih dalam siasatan. "Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan luka atau kekerasan pada si mati." katanya. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI