suria

Ramalan tarikh kemangkatan Ratu Elizabeth II tepat! Pengguna Twitter jangka Raja Charles III mati pada 2026

Ramalan yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter tular selepas tarikh kemangkatan Ratu Elizabeth II tepat.

MICHEL de Nostredame atau Nostradamus, serta Baba Vanga merupakan dua indvidu yang dikenali ramai kerana ramalan-ramalan yang dibuat mereka berdekad yang lalu.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter turut menyertai 'liga' ahli ramal tersebut, selepas ramalannya tepat!

Pengguna Twitter, Logan Smith yang menggunakan akaun @logan_smith526, beberapa bulan lalu meramalkan bahawa Ratu Elizabeth II akan mangkat pada 8 September 2022.

Ramalan tersebut dibuat menerusi ciapan di Twitter, bertarikh 7 Jun 2022.

Memang tepat sebagaimana ramalannya, Ratu Elizabeth II, raja paling lama memerintah Britain, mangkat pada 8 September ketika berusia 96 tahun.

Ciapan tersebut menjadi tular sejurus selepas ramalan berkenaan menjadi kenyataan.

Dalam ciapan yang sama, Logan Smith turut membuat satu lagi ramalan yang menyeramkan iaitu tarikh kematian Raja Charles III.

"Ratu meninggal dunia pada 8 September 2022, Raja Charles meninggal dunia pada 28 Mac 2026," demikian ciapan tersebut.

Apa yang lebih membingungkan, ciapan berkenaan hanya menerima 1 tanda suka (like), tiada ulang kicau serta tiada komen.

Malah akaun pengguna Twitter itu juga kini ditetapkan dalam mode 'private' selepas ciapan tersebut tular. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain