KECOH di media sosial mengenai satu teori konspirasi yang mendakwa bahawa Putera William tidak sepatutnya menjadi pewaris takhta kerana dia sebenarnya mempunyai seorang kakak. Menurut teori berkenaan, ketika Puteri Diana baru berusia 19 tahun, Ratu Elizabeth menyuruhnya menjalani ujian kesuburan untuk memastikan bakal menantunya itu mampu melahirkan pewaris. Ia kemudiannya mendakwa bahawa semasa ujian, telur Diana telah 'dituai' dan disenyawakan dengan sperma milik Putera Charles. Teori itu juga mendakwa pertunangan antara kedua-duanya tidak diumumkan sehingga ujian telah dijalankan. Didakwa ketika ujian kesuburan dilakukan, seorang doktor tidak bertanggungjawab mengambil salah satu daripada telur yang disenyawakan tersebut dan memasukkan ke dalam rahim isterinya. 'Bayi' hasil persenyawaan IVF itu dikatakan dilahirkan pada Oktober 1981, kira-kira 10 minggu selepas Putera Charles dan Puteri Diana berkahwin pada 29 Julai tahun itu. Putera William pula dilahirkan sekitar lapan minggu kemudian, pada 21 Jun 1982 di Hospital St Mary, Paddington. 'Bayi' sulung pasangan tersebut dikatakan bernama Sarah. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI