suria

Upacara pengebumian Ratu Elizabeth II bermula

Kereta jenazah membawa keranda Ratu melintas orang ramai.

UPACARA pengebumian dan memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II melalui London bermula dengan diikuti anggota keluarga yang berkabung di samping orang ramai membanjiri seluruh ibu negara, pada Isnin.

Sejak awal pagi, laluan dari gereja Westminster Abbey dipenuhi barisan rakyat jelata yang hadir bagi menyaksikan perjalanan terakhir mendiang pada majlis persemadian negara yang menyaksikan Raja Charles III, menangis.

Para tetamu menunggu pada hari pengebumian negara dan pengebumian Ratu Elizabeth di Istana Windsor.

Para tetamu menunggu pada hari pengebumian negara dan pengebumian Ratu Elizabeth di Istana Windsor.

Keranda Ratu yang akan diketuai Raja Putera Wales, Duke of Sussex, Duke of York dan Puteri Diraja memulakan perarakan ke Wellington Arc di Hyde Park Corner berhampiran Istana Buckingham.

Setiap minit satu das tembakan dilepaskan di Hyde Park oleh Tentera Diraja, Artileri Kuda Diraja setiap kali loceng besar Big Ben berbunyi.

Semasa perarakan, keranda membawa Ratu akan bergerak melepasi Cenotaph iaitu tugu peringatan askar Britain dan Komanwel yang terkorban dalam perang Dunia Pertama dan Kedua.

Kemudian, keranda membawa jasad mendiang akan dibawa naik ke The Mall buat kali terakhir dan perarakan diteruskan menuju ke Istana Buckhingham.

Barisan rakyat yang berkabung hadir pada upacara pengkebumian Ratu.

Barisan rakyat yang berkabung hadir pada upacara pengkebumian Ratu.

Keranda ini juga akan melewati Istana Buckingham buat kali terakhir ketika dalam perjalanan ke Wellington Arch sebelum dibawa dengan pedati diraja ke Istana Windsor untuk upacara seterusnya.

Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada 8 September lalu, ketika berusia 96 tahun di Istana Balmoral, Aberdeenshire di Scotland selepas kesihatannya merosot teruk.

Jasad Ratu Elizabeth II akan disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang juga tempat persemadian bonda serta ayahanda mendiang Ratu serta suami, Putera Phillip yang meninggal dunia pada April 2021 pada jam 7.30 petang (waktu tempatan). - Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan