SEORANG guru ditahan selepas didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar remaja. Leah Queen, 43, sebelum ini dinobatkan sebagai 'Guru Terbaik' di Arkansas, Amerika Syarikat (AS). Guru di sebuah sekolah menengah itu dilaporkan ditahan pada Khamis dan didakwa melakukan serangan seksual termasuk memiliki bahan terlarang. Ikat jamin ditetapkan sebanyak A$50,000 (RM227,894) dan dia dilepaskan pada Sabtu lalu (17 September). Menurut keterangan Jabatan Polis Gentry yang diperoleh oleh Northwest Arkansas Democrat-Gazette, Queen didakwa melakukan hubungan seksual dengan seorang pelajar berusia 17 tahun pada 2010. Bagaimanapun, kejadian itu baru sahaja terbongkar dan insiden dilaporkan berlaku di pejabat Queen. Susulan pendedahan tersebut, polis meminta mangsa lain supaya tampil memberi keterangan. Sementara itu, pentadbir sekolah memberitahu Queen telah digantung daripada tugasnya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI