DOKTOR terkejut menemui sebatang jarum akupunktur sepanjang 8 sentimeter (sm) berada dalam saluran kencingnya seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. Penemuan itu susulan kanak-kanak tersebut mengadu mengalami kesukaran membuang air kecil. Hanya selepas menghantarnya untuk pemeriksaan X-ray, doktor dapat mengesan jarum itu dan dengan cepat membawa pesakit masuk untuk menjalani pembedahan. Kejadian berlaku di Hospital Kanak-kanak Jiangxi di Nanchang, Wilayah Jiangxi di China. Kanak-kanak lelaki bernama Xiao Huang kemudian mengakui dia telah memasukkan jarum sepanjang 8sm ke dalam zakarnya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar 55 bateri ditemui dalam perut wanita, hanya 5 biji berjaya keluar secara 'semula jadi' Bagaimanapun, dia pada mulanya terlalu takut untuk memberitahu sesiapa mengenai perkara tersebut. Selepas disoal, ketua Perubatan Rao Pinde berkata, budak itu memberitahu dirinya bosan dan ingin melihat sama ada ia boleh dilakukan, dan jarum tersebut berada dalam kemaluannya selama kira-kira 12 jam. Tambah Pinde, kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian serupa selalunya terlalu malu untuk memaklumkan kepada ibu bapa mereka. Doktor melakukan endoskopi dan menggunakan sepasang forsep yang halus untuk mengeluarkan jarum dalam pembedahan invasif minimum, sebelum Huang dibenarkan pulang ke rumah. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI