SEORANG warga Australia berdepan detik cemas apabila menemui seekor labah-labah gergasi di dalam tandas.
Kejadian berlaku selepas lelaki itu selesai membuang air besar dan melihat labah-labah berkenaan dekat tempat tisu tandas.
Menceritakan insiden mengerikan di laman sosial Reddit, individu yang menggunakan nama Aussiewhiskeydiver, memuat naik imej imej haiwan gergasi sebesar tangan.
"Selepas cirit-birit dalam keadaan yang tergesa-gesa, anda diberi pilihan untuk 'lap atau tidak lap'," katanya.
Perkongsian pengalamannya itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Gempar labah-labah gergasi merayap pada dinding
Antara mereka memberi pandangan dan tip ketika berdepan dengan senario buruk itu.
"Bayangkan anda tidak perasan (labah-labah), anda menarik tisu tandas dan ia jatuh ke tangan anda."
Malah ada yang memberi cadangan untuk melepaskan diri daripada situasi itu.
"Korbankan seluar dalam anda," kata netizen. - Daily Star
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI