suria

Luluh hati anak rupanya kubur bapa yang diziarah selama 43 tahun milik orang lain

Sylvia sedih menyedari kubur yang diziarahinya selama ini adalah milik orang lain. foto North News & Pictures Ltd

SEORANG wanita berusia 67 tahun kecewa dan terkejut apabila mengetahui kubur yang diziarahi sejak kematian bapanya pada 1979 adalah milik orang lain.

Bapa Sylvia Ross telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Witton Park Bishop Auckland di Durham, England, 43 tahun lalu.

Bagaimanapun, kubur yang sering dilawatinya sejak itu sebenarnya adalah milik lelaki lain bernama Fredrick Brown.

Bapa Sylvia pula telah dikebumikan dua petak dan beberapa meter jaraknya dari kubur yang diziarah selama ini..

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana kesilapan tersebut boleh berlaku.

Tanah perkuburan Witton Park Bishop Auckland di Durham. foto Google Instant Street View

Tanah perkuburan Witton Park Bishop Auckland di Durham. foto Google Instant Street View

Keluarga Sylvia menyedari kesilapan itu selepas terdapat posting di Facebook mengenai sebuah plak yang diletakkan tidak betul di tanah perkuburan, yang dialihkan oleh Majlis Daerah Durham.

ARTIKEL BERKAITAN: seram dan pelik! Rambut keluar dari kubur 100 tahun undang misteri

Ini bermakna Sylvia memberi penghormatan di tempat yang salah sejak dia berusia 24 tahun.

Anak perempuannya, Lynette berkata: "Saya tidak pernah bertemu datuk saya, tetapi ibu saya telah melawat kuburnya selama 43 tahun dan benar-benar kecewa.

"Dia sedih memberitahu bapanya disemadikan di sana tanpa seorang pun daripada kami 'mengambil berat' tentang dia, tanpa bunga dan tiada ziarah, tiada apa-apa," katanya.

Kesilapan itu terbongkar selepas keluarga Fredrick Brown mahu meletakkan peringatan yang merupakan plot berkembar sebelum menghubungi Majlis Daerah Durham apabila mereka menyedari tiada ruang yang mencukupi.

Ia kemudian diletakkan di atas plot di mana Fredrick sebenarnya dikebumikan di kubur yang sama Sylvia dan keluarganya menziarah selama beberapa dekad. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain