SEORANG wanita terpaksa dirawat di hospital akibat jangkitan kuman selepas anjing peliharaan anak perempuannya ‘terberak’ di dalam mulutnya semasa dia tidur. Menurut Amanda Gommo, 51, ketika kejadian, dia sedang tidur pada waktu siang dengan mulut sedikit terbuka. Tiba-tiba anjing daripada baka chihuahua, Belle, yang mengalami cirit-birit, terbuang air besar dan najisnya terkena muka Amanda. “Saya tiba-tiba merasakan sesuatu memancut di dalam mulut. Saya bergegas ke bilik mandi. Ketika itu anak saya sedang mandi, jadi sebelum membasuhnya, saya sempat mengambil gambar sekejap! "Ia menjijikkan dan tak boleh hilangkan rasanya dari dalam mulut,” jelasnya. Belle kemudian dibawa berjumpa doktor haiwan untuk dirawat. Selepas menunjukkan simptom yang sama seperti Belle, Amanda menghubungi talian 111 untuk menghantar ambulans ke rumahnya. Paramedik memberikan ubat tahan sakit bagi mengatasi kekejangan perut dan mengarahkannya mengambil air dalam kuantiti yang banyak untuk membuang sebarang kemungkinan jangkitan. Selepas lawatan paramedik, simptom yang dialami Amanda menjadi semakin teruk, dan 48 jam kemudian, Amanda mengalami kejang di seluruh badannya. Ibu kepada tiga anak itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan gastrousus berpunca daripada najis Belle yang memasuki mulutnya beberapa hari sebelumnya. Amanda yang kehilangan banyak cecair daripada tubuh (dehidrasi) akibat cirit birit sehingga membuatkan buah pinggangnha mengecut, terpaksa ditahan di hospital selama tiga hari. -Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI