SEORANG guru lelaki 'kantoi' membawa minuman keras ke dalam kelas ketika sesi pembelajaran berlangsung. Video yang dirakam dan dimuat naik di laman Twitter menunjukkan guru tersebut terkejut ketika 'serbuan' dilakukan ke dalam kelasnya. Dalam keadaan terkejut, guru lelaki tersebut dilihat cuba menyorokkan tin minuman keras di belakang kerusi namun tindakan tersebut ternyata gagal. Dia juga didakwa sedang berada dalam keadaan mabuk. Dilaporkan video tersebut dirakam di sebuah sekolah di Uttar Pradesh, India. Sementara itu, Pejabat Penerangan Daerah memaklumkan guru lelaki tersebut telah digantung tugas. Sumber mengatakan bahawa video itu dirakam oleh sekumpulan individu prihatin yang 'menangkap' guru berkenaan kerana selamba mabuk di hadapan pelajar. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI