SETIAP orang tidak dinafikan mempunyai 'kecenderungan' yang pelbagai ragam. Namun begitu, seorang lelaki di Valencia, Sepanyol membawanya ke tahap yang ekstrem apabila dia gemar berjalan tanpa seurat benang di tempat awam. Dikesan melakukannya beberapa kali, Alejandro Colomar menerima padah apabila didenda 3,000 euro (RM13,666) oleh pihak berkuasa tempatan. Tidak cukup setakat itu, sebagai tanda protes dia hadir ke mahkamah untuk perbicaraan dengan berbogel sehingga kehadiriannya mencuri perhatian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih buat hal lagi, kali ini menari sambil bogel di puncak gunung Polis kemudian mengarahkannya supaya memakai baju sebelum dibenarkan masuk ke premis. Colomar juga menyatakan menerusi carian dalam talian, dia mendapati tiada undang-undang yang menghalangnya daripada keluar berbogel. Dia juga berdepan dengan sabitan sebelum ini kerana memasuki balai polis dalam keadaan berbogel. Colomar hadir ke mahkamah Valencia sebagai sebahagian daripada proses rayuan supaya dendanya dibatalkan. Peguamnya, Pablo Mara dilaporkan berhujah bahawa berbogel di jalanan bukan satu jenayah di Sepanyol, dan terdapat beberapa perkara yang tidak jelas dalam perundangan. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI