suria

Lelaki tergamak guna bayi sendiri sebagai ‘pelindung’ dalam serbuan polis

Seorang lelaki menggunakan bayinya sebagai pelindung dalam serbuan polis. foto Yuan Tang

BAPA durjana, begitulah seorang lelaki yang menjadikan anaknya berusia setahun sebagai 'pelindung diri' dalam serbuan polis.

Brandon Matthew Douglas Leohner, 27, memegang bayi sambil dikepung oleh pasukan polis di sebuah restoran makanan segera pandu lalu.

"Letakkan budak itu, letakkan budak itu," kedengaran jeritan polis ketika mengepungnya dalam kejadian di Florida, Amerika Syarikat.

Leohner kemudian diserang oleh anjing polis menyebabkannya dia jatuh ke tanah sebelum ditahan.

Seorang anggota polis kemudian tampil ke hadapan untuk mengambil bayi yang sedang menangis, dengan hanya memakai lampin dan baju.

Kejadian yang menggemparkan itu turut disaksikan oleh beberapa pemandu kereta yang sedang beratur di bahagian pandu lalu restoran berkenaan.

Leohner didakwa menculik bayinya sendiri dan memandu di Palm Coast, Florida, secara melulu dengan kanak-kanak itu di pangkuannya.

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan kembali ke pangkuan ibunya.

Leohner kini sedang menunggu perbicaraan tanpa jaminan. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain