suria

Tak pernah keluar ‘dating’ selama 23 tahun, pemuda beli papan iklan gergasi untuk cari GF

Ed mengiklankan diri sendiri untuk mencari cinta. foto Caters News Agency

SEORANG lelaki yang tidak pernah keluar date sebelum ini telah memaparkan wajahnya pada papan iklan gergasi dalam usaha mencari cinta.

Ed Chapman, 23, dari Leeds, United Kingdom tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang hidupnya walaupun bertahun-tahun mencuba pelbagai cara untuk mencari cinta.

Ini termasuklah menggunakan aplikasi temu janji atau pergi ke bar.

Oleh itu, pencipta kandungan itu memutuskan untuk mengiklankan dirinya menerusi papan iklan gergasi di Leeds.

Papan iklan tersebut mempunyai alamat e-mel untuk orang ramai menghubunginya.

"Saya mencapai usia di mana saya fikir saya sekurang-kurangnya sepatutnya mempunyai date sebelum ini.

"Tetapi saya single sepanjang 23 tahun saya dan saya bersedia untuk mencari seseorang yang diharapkan untuk menjalinkan hubungan.

"Saya telah mencuba beberapa aplikasi dating, tetapi ia tidak berjalan lancar, jadi saya memutuskan untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan fikir mempunyai papan iklan saya sendiri akan menjadi cara yang baik untuk bertemu seseorang," katanya.

Ed berkata, papan iklan itu sudah membuahkan hasil setelah menerima 'beberapa mesej' daripada wanita berusia antara 18 dan 48 tahun.- Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain