KEYAKINAN diri merupakan 'aset' penting bagi setiap wanita dalam kehidupan hari ini. Malah, ramai wanita masa kini dilihat lebih terbuka dalam bergaya tanpa menghiraukan persepsi orang ramai tentang mereka. Terbaharu, foto memaparkan seorang model wanita yang mempunyai bulu ketiak turut meraih perhatian ramai. Aksi penuh yakin model wanita itu dipaparkan menerusi satu sesi photoshoot untuk pengedar fesyen dalam talian ASOS. ARTIKEL BERKAITAN: Popular kerana bulu ketiak, model kini hidup dalam tekanan... Peminat ugut nak ‘unfollow’ kalau cukur! Dalam foto berkenaan, model berambut perang itu mengangkat lengannya, sekaligus menampakkan bahagian ketiaknya yang berbulu. Mahu mengekalkan elemen semula jadi, model wanita itu juga tidak memakai bra di sebalik pakaian yang digayakannya. Sebelum ini, seorang model OnlyFans dikenali sebagai Aimee turut dikecam apabila dia tampil dengan gaya ketiak berbulu. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI