suria

Dulu dianggap memalukan keluarga, kini model seksi lantik ayah sebagai pengurus kerjaya

Dia kini melantik bapanya sebagai pengurus dan mereka seronok bekerja dalam satu pasukan.

DULU malu, kini bangga.

Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita yang mana pilihan kerjayanya memberi kesan besar buat keluarga.

Kimmy Granger, seorang model dari Amerika Syarikat memilih kerja sebagai penari bogel sebelum bergelar pelakon filem porno ketika berusia awal 20-an.

Pada mulanya, bapa kepada wanita berusia 27 tahun itu malu dengan pilihannya.

Namun kini, segalanya berubah apabila bapanya sendiri dilantik untuk menguruskan kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya model ini ‘terkubur’ kerana komplikasi Covid-19, kedua-dua kaki terpaksa dipotong

"Ayah saya trauma pada awalnya. Dia berasa malu, dia mahu mati. Bapa saya menyalahkan dirinya. Tiada ayah yang mahu hal itu terjadi ke atas untuk anak-anak mereka.

"Ia mengganggunya dan saya memberinya ruang yang dia perlukan, dan kemudian beberapa bulan selepas dia mengetahuinya, saya akan sentiasa menghubunginya.

"Tetapi dia kini berbangga dan gembira. Apa yang saya buat tidak bertujuan untuk menyakitinya. Kini ayah jadi pengurus saya. Kami macam pasukan," ujarnya.

Model itu turut menempa populariti luar biasa dan kini memiliki lebih sejuta pengikut Instagram.- Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain