suria

Tak sedar sedang hamil, guru wanita lahirkan bayi sulung 48 jam selepas jumpa doktor

Peyton melahirkan anak pertamanya 48 jam setelah mengetahui tentang kewujudan bayi di dalam perutnya itu.

SEORANG guru wanita menyangkakan kepenatan yang dialami adalah disebabkan tugasannya mengajar, bagaimanapun terkejut apabila mengetahui dirinya sedang hamil.

Peyton Stover melahirkan anak pertamanya 48 jam setelah mengetahui tentang kewujudan bayi di dalam perutnya itu.

Menurut Peyton, 23, dia tidak menyedari bahawa dia mempunyai 'bonjolan' di perut dan menganggap ia berpunca daripada tekanan kerja yang memenatkannya.

Kemudian, dia berjumpa doktor apabila kakinya mula membengkak dan ketika itu Peyton mengetahui bahawa dia sedang mengandung.

Peyton memberitahu saluran berita tempatan KETV bahawa seorang doktor menjalankan ujian sebanyak dua kali dan selepas kali kedua, keputusan ujian tersebut adalah positif hamil.

Malah, doktor kemudiannya menjalankan ujian ultrasound bagi mengesahkan kehamilan tersebut.

Menurut doktor itu, dia terpaksa bertindak untuk menyelamatkan nyawa Peyton dan melahirkan bayi itu gara-gara buah pinggang dan hatinya tidak berfungsi dengan baik.

Doktor melakukan pembedahan kecemasan dan bayi lelaki, Kash, dilahirkan 10 minggu pramatang dengan berat hanya 4 paun (1.8 kilogram). - MIRROR.CO

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain