suria

Lelaki ‘mati’ 90 minit, dedah apa yang berlaku selepas kembali bernafas

Paramedik sedaya upaya membantu Alistair selama lebih satu jam dengan melakukan CPR.

SEORANG lelaki dikatakan meninggal dunia selama 90 minit ketika dirawat oleh seorang doktor.

Pengalaman ngeri hampir mati yang menakutkan yang dialami Alistair Blake, 61, ketika berlaku serangan jantung pada awal pagi Januari 2019.

Jelasnya, ketika itu dia tidur di sebelah isterinya Melinda yang mendapati suaminya ‘kaku’ di rumah mereka di Australia.

Melinda yang cemas bertindak pantas dengan melakukan CPR ke atas suaminya sementara menunggu ambulans tiba.

Selepas cuba memulihkan Alistair selama 20 minit, paramedik tiba tetapi dia kekal ‘tidak bernyawa’ dan mati secara klinikal.

Para medik pula sedaya upaya membantu Alistair selama lebih sejam, sambil mereka terus memberikan CPR serta memberikannya lapan ‘kejutan’ pada dada dengan defibrilator.

Selepas 90 minit cuba menghidupkan semula jantung Alistair, akhirnya nadi kembali berdenyut.

"Secara teknikal, saya telah mati selama 90 minit.

“Saya masih ingat akan tidur pada malam Sabtu dan perkara seterusnya yang saya ingat ialah bangun pagi Khamis di atas troli dari ICU ke penjagaan koronari.

"Ramai orang bertanya kepada saya jika saya melihat apa-apa, dan jawapannya tidak. Saya tidak melihat apa-apa. Tiada cahaya, tiada apa-apa seperti itu,” jelasnya.

Alistair kemudian dibawa ke Hospital Frankston di mana doktor dapat membuka arterinya yang tersumbat.

Alistair kemudiannya dibenarkan pulang selepas 12 hari. -DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain