GARA-gara tidak mahu membayar bil yang tinggi, seorang wanita mengeluarkan sekeping plastik dari colinya lalu meletakkan dalam makanan dipesan. Kejadian berlaku ketika makan malam di restoran kari di Milton Keynes, England di mana sebuah keluarga memesan empat hidangan pembuka, tujuh hidangan tambahan, enam hidangan utama dan empat minuman. Lima sekeluarga itu mula merungut tentang pengalaman makan mereka sebaik sahaja menjamah hidangan pertama. Taktik itu tidak mengambil masa lama sebelum pemilik restoran, Naseem mendapati wanita berkenaan melakukan helah. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 10 Oktober menunjukkan wanita itu membetulkan colinya sejurus selepas menghabiskan makanan pertamanya. Wanita itu mengeluarkan sebungkus rokok dan mengeluarkan bahagian plastik. Kemudian dia menjatuhkan plastik itu ke dalam kari. Naseem berkata: "Wanita itu memanggil pelayan dan memberitahu terdapat plastik dalam makanannya. Pelayan itu berkata 'kami tidak mempunyai plastik ini di dapur tetapi saya mempunyai kuasa untuk memberi anda potongan 20 peratus dan tidak mengenakan bayaran kepada hidangan malam tersebut'. Suami kepada wanita itu kemudian berdiri dan mengatakan bahawa dia enggan membayar makanan mereka. Pelayan hanya membiarkan keluarga tersebut berlalu pergi, dan restoran menanggung kerugian berjumlah £170.45 (RM897). Naseem sudah muak dengan perkara itu dan berkata dia akan memberikan makanan percuma kepada keluarga berkenaan sekiranya mereka jujur padanya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI