suria

Tayar 100kg tercabut ketika berlepas, pesawat berdepan detik cemas

Kejadian yang mencemaskan membabitkan sebuah pesawat Boeing 747 Dreamlifter.

SEBUAH pesawat jenis Boieng 787 tular di media sosial apabila salah sebuah tayarnya tercabut ketika berlepas dari Lapangan Terbang Taranto di Itali.

Detik cemas berjaya dirakamkan menunjukkan tayar seberat 100 kilogram tercabut dari pesawat Dreamlifter lalu terjatuh ke tanah.

Menerusi rakaman insiden tersebut, tayar berdiameter 1.2 meter itu terus berputar ketika jatuh dan pesawat N718BA Atlas Air terbabit meneruskan penerbangan ke Charleston, Carolina Selatan.

Kelihatan asap hitam mulai keluar daripada tempat kawasan tayar itu tercabut.

Malah, bahagian pesawat yang hilang daripada gear pendaratan utama pesawat itu ditemui di sebuah ladang berhampiran kawasan lapangan terbang tersebut.

Pesawat yang berlepas pada pukul 9.09 pagi waktu tempatan itu dilaporkan selamat mendarat di Amerika Syarikat meskipun berlaku kerosakan.. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain