suria

Pelanggan tak hirau banjir, tetap serbu kedai mi walau air cecah paras betis

Pelanggan kelihatan selamba menjamu selera walaupun kedai itu dinaiki air.

SEBUAH kedai mi di Thailand masih sesak dengan pengunjung walaupun dinaiki air.

Foto-foto tular memaparkan pelanggan sedang menikmati makanan masing-masing dan tidak kisah biarpun air banjir mencecah paras betis.

Kedai mee itu terletak di tebing sungai Tha Chin, Nakhon Pathom, Bangkok.

Untuk rekod, kedai berkenaan dibuka sejak 30 tahun lalu dan masih menjadi pilihan orang ramai sehingga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Di Selatan Thailand Ragut 25 Nyawa

Dilaporkan beberapa kawasan di Thailand dilanda banjir sejak seminggu lalu akibat hujan bermusim.

Sebahagian besar Thailand terkesan akibat hujan monsun bermusim, ketika Ribut Tropika Noru pergi, yang sebelum ini melanda Filipina dan Vietnam pada akhir September.

Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana berkata lebih 41,000 isi rumah dan sekurang-kurangnya 22 wilayah masih terjejas akibat banjir. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain