KISAH seekor anjing yang menghidap kanser tular di media sosial sehingga meruntun emosi netizen. Pemiliknya yang dikenali sebagai Carina tampil berkongsi video memaparkan detik terakhir bersama Lily the Labrador, anjingnya yang berusia 7 tahun. Pada penghujung video, Carina mengucapkan selamat tinggal buat anjingnya sebelum ia ditidurkan buat selama-lamanya. Bercerita lanjut, Carina mendedahkan Lily the Labrador disahkan menghidap penyakit kanser limfoma, pada tahun ini. Ujarnya, dia sekeluarga tidak mempunyai masa yang lama bersama anjing tersebut. Carina yang juga pemilik akaun TikTok @tailsofjoyco, memuat naik video menyentuh hati apabila dia menitiskan air mata pada hari terakhir Lily hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Apa dosa anjing ini? Bingo dan Jojo mati diracun, aksi 2 haiwan comel jadi ‘escort’ tauke getah tinggal kenangan ARTIKEL BERKAITAN: Anjing mati 15 minit selepas pemilik meninggal dunia akibat kanser otak Menerusi video tersebut, mereka dilihat berpelukan antara satu sama lain dan Lily sedang menikmati makanan ringan kegemarannya sebelum ditidurkan. Pada perkongsian video tersebut Carina turut memberi kata-kata terakhir kepada Lily. "Maaf 'baby girl' saya sayang awak tapi awak perlu pergi, terima kasih untuk segala-galanya, kami bersyukur mempunyai kenangan bersama awak selama tujuh tahun," ujarnya menerusi kapsyen. Video tersebut tular sehingga meraih lebih 3.3 juta tontonan dan turut dihujani lebih 5,000 komen netizen. "Semoga terus kuat untuk Carina dan keluarga, kita mempunyai kisah yang sama. "Sangat menyentuh hati melihat ia membesar, semoga terus kuat. "Takziah atas kehilangan Lily," tulis beberapa individu. - Mirror.Co.Uk. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI