suria

Universiti dikritik kerana ambil pensyarah wanita terlalu cantik, kononnya mahu tarik kehadiran pelajar

Pensyarah wanita yang dikenali sebagai Zhang menjadi tular di China kerana terlalu jelita.

SEBUAH universiti di China menangkis kritikan ramai yang mendakwa tindakannya mengambil seorang pensyarah wanita cantik sebagai tenaga pengajar adalah semata-mata mahu meningkatkan kehadiran dalam kalangan pelajar.

Dalam satu kenyataan, Kolej Sains Teknologi dan Komunikasi Henan Kaifeng di wilayah Henan, sebaliknya berkata, tindakan mengambil pensyarah berkenaan adalah disebabkan kecemerlangan dan keupayaannya mengajar.

Malah institusi itu menambah, gaya penyampaian pensyarah berkenaan ketika mengajar di kuliah begitu bersemangat dan rancak, di mana ia adalah faktor utama mengapa dia terpilih.

Pensyarah muda yang hanya dikenali dengan nama Zhang, kini menjadi buah mulut gara-gara tular di media sosial di China kerana kecantikannya.

Apabila video ketika sedang menyampaikan kuliah menjadi tular, Zhang dipuji kerana gaya pengajarannya dan penampilan fizikalnya.

Zhang merupakan pensyarah bagi subjek 'Pemikiran Mao Zedong' yang menjadi subjek teras di universiti di China.

Seorang pelajar, Song, mengakui dia menyukai kuliah yang disampaikan pensyarah wanita tersebut dan merancang untuk hadir ke kelas sepanjang semester.

Zhang mempunyai hampir 430,000 pengikut di TikTok dan seperti kebanyakan orang, wanita ini juga cenderung berkongsi kehidupan peribadi dengan pengikutnya. - South China Morning Post

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain