suria

Kebetulan! Dua beradik hamil hampir serentak, lahirkan bayi kembar seiras selang 3 bulan

Megan O'Brien (kiri) dan kakaknya, Sara Seyler, bersama bayi kembar masing-masing. Foto: SWNS

SURATAN atau kebetulan? Mungkin itulah yang dapat menggambarkan situasi di mana dua beradik perempuan hamil hampir serentak dan melahirkan bayi kembar seiras.

Megan O'Brien, 29, melahirkan Lilah dan Josie pada 21 November tahun lalu manakala kakaknya, Sara Seyler, 32, melahirkan Lennon dan Parker selang tiga bulan kemudian di Doylestown, Pennsylvania, di Amerika Syarikat.

Menurut Sara, dia pada mulanya gementar untuk memberitahu Megan mengenai berita kehamilannya kerana tidak mahu 'mencuri perhatian' keluarga mereka memandangkan Megan hamil terlebih dahulu.

Megan yang sebelum itu sudah mengetahui mengenai kandungan kembarnya, terkesima apabila Sara memaklumkan berita kehamilan dirinya.

"Saya menjawab panggilan Sara di FaceTime dan dia menangis. Saya bertanya 'Oh Tuhan, apa yang berlaku?'

"Kemudian, dia (Sara) memegang gambar ultrasound yang menunjukkan dua kantung bayi. Saya menitiskan air mata, rasa gembira dia juga bakal punyai anak kembar," ujarnya.

Dua beradik itu berkongsi banyak perkara dan gembira menjalani proses kehamilan bersama-sama.

Bagi Sara dan Megan, kehadiran empat bayi kembar dalam jarak waktu yang dekat menambah seri dalam keluarga besar mereka. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain