MATA seorang kanak-kanak melekat gara-gara terkena pelekat kuku palsu yang digunakan oleh seorang kakitangan taska. Keadaan itu mengakibatkan mata kanak-kanak malang berkenaan berair, dalam satu kejadian di sebuah taska di Skipton, North Yorkshire di England. Wajah kanak-kanak berusia setahun itu kelihatan bengkak dan merah, dengan bulu matanya juga turut melekat, Pada mulanya, ibunya menganggap ia adalah gam yang digunakan dalam seni dan kraf, tetapi setibanya di hospital ternyata ia merupakan gam untuk pelekat kuku palsu. Ibu kanak-kanak ini mendakwa anaknya mengalami trauma selepas insiden tersebut. foto Triangle News "Penglihatannya tidak akan terjejas tetapi saya rasa dia trauma. Dia pernah tidur sepanjang malam dengan sempurna dan kini dia hanya takut. "Saya marah dan kecewa. Saya meletakkan semua kepercayaan saya kepada mereka dan kemudian ini berlaku. Saya marah," kata si ibu. Kejadian yang berlaku bagaimanapun tidak menjejaskan bola mata anaknya. Menurut jurucakap taska, kejadian berlaku apabila seorang pekerja cuba melekat semula kuku palsunya ketika kanak-kanak tersebut didukungnya. Susulan insiden pada 23 September itu, ibu kanak-kanak tersebut bercadang untuk memfailkan tindakan saman. - Metro Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI