MUSIM panas melampau yang melanda Amerika Syarikat (AS) membuatkan salah satu sungai terpanjang di dunia, Sungai Mississippi, mengering. Situasi ini menyebabkan kapal abad-ke-19 timbul di permukaan sungai. Bangkai kapal bersejarah itu pertama kali ditemui oleh salah seorang penduduk di Baton Rouge, Louisiana. Memetik Guardian, kemarau teruk di Midwest mengakibatkan air sungai direkodkan berada pada paras terendah. Banyak barangan yang tenggelam di sungai, dapat dilihat di permukaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Penduduk yang menemui kapal lama itu bernama Lisa Sharon. Sharon sengaja pergi ke kawasan sekitar sungai yang semakin mengering pada petang Isnin lalu dan ketika itulah dia terkejut dan dalam masa sama kagum melihat bangkai kapal abad ke-19 itu. Seorang lagi penduduk Baton Rouge, Patrick Ford berkata dia menyedari air sungai surut selama berminggu-minggu sebelum bangkai kapal itu mula timbul. "Saya segera hantar SMS kepada rakan-rakan dan berkata, ‘Holy moly, saya fikir saya menemui sebuah kapal, sebuah kapal yang tenggelam',” katanya. Ford kemudian menghubungi pihak berkaitan dan berita tentang penemuan itu sampai ke pengetahuan ahli arkeologi bahagian Mississippi, Chip McGimsey. Menurut McGimsey, bangkai kapal itu telah ditemui sebelum ini. McGimsey menjelaskan apa yang ditemui itu adalah bangkai kapal bernama Brookhill yang merupakan sebuah kapal dagang. Kapal ini dibina pada tahun 1886 di Indiana. Brookhill biasanya beroperasi pada malam hari dan kapal 'kembarnya' Istrouma yang berfungsi sebagai feri beroperasi pada waktu siang. Pada 29 September 1915, terjadi badai besar dan kapal itu tenggelam selepas merempuh bongkah kayu. "Kapal karam itu berjarak 30 meter dari tempat berlabuh," kata McGimsey. Tambahnya, ahli arkeologi telah melakukan beberapa penelitian tentang bangkai kapal dalam penemuan 30 tahun lalu. Pada 1992, mereka melakukan beberapa penyelidikan tetapi terhad kerana saiz bangkai dan serpihan sangat kecil. Mereka cuba mencari maklumat tentang binaan dan usianya. "Ketika itu apa yang ditemukan tidak seperti ini. Sebahagian besar masih terkubur dalam lumpur. Mereka perlu banyak menggali," katanya. Ahli arkeologi kini berkata 90 peratus dari kapal itu kini sudah timbul. AS sedang mengalami musim panas melampau meliputi 70 peratus Arkansas dan hampir 40 peratus Missouri. Taburan hujan di beberapa lokasi itu mencatat rekod terendah selama beberapa minggu. Taburan hujan rendah juga berlaku di Memphis, Fayetteville, Arkansas dan Springfield. Lebih dari 55 peratus wilayah berhampiran juga mengalami musim panas melampau sejak April dengan 133 juta orang tinggal di daerah yang dilanda bencana ini. - Guardian Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI