suria

Percutian bersama 2 anak bertukar tragedi, ibu maut dipanah petir ketika berada di pantai

Wanita itu bercuti bersama anak-anaknya di Croatia ketika mereka cuba melarikan diri dari ribut.

SEORANG wanita meninggal dunia secara tragis selepas dipanah petir ketika bercuti musim panas bersama anak-anaknya.

Selepas dihantar pulang ke United Kingdom, Daniella terus diberikan pengudaraan dalam rawatan rapi di Nottingham.

Dia sentiasa dipantau, dan menerima rawatan untuk suhu badan yang tinggi dan jangkitan pada kencing.

Daniella DiMambro, 48, ‘tewas’ selepas cedera parah berikutan kemalangan ganjil di Croatia pada 20 Ogos.

Bercerita lanjut, petir tersebut memasuki telinga kanannya semasa dia berada di pantai berhampiran Split, menurut koroner kanan Mairin Casey, Nottinghamshire.

Seorang saksi bertindak pantas melangkah masuk untuk memberikan Daniella CPR, tetapi ibu itu dalam keadaan tragis kerana mengalami kecederaan otak hipoksia.

Daniella meninggal dunia pada 7 Oktober di sebuah hospital di Nottingham dan identiti disahkan oleh doktor yang merawatnya, lapor Nottingham Live.

Penyebab utama kematian adalah kecederaan otak hipoksik-iskemik, diikuti oleh serangan jantung, kemudian ‘sambaran petir’ dan jangkitan pada saluran kencing. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain