suria

Pasangan bertengkar ketika memasak, suami tergamak bunuh jiran kerana masuk campur

Seorang lelaki membunuh jirannya kerana campur tangan dalam pergaduhan antara dia dan isterinya. (Foto: Representative)

SEORANG lelaki memukul jirannya sehingga mati selepas lelaki itu campur tangan dalam pergaduhan antara dia dan isterinya.

Kejadian melibatkan kematian tersebut berlaku di di Bhopal di Madhya Pradesh, India pada Selasa.

Billu yang merupakan mangsa cuba menghentikan pergaduhan antara Pappu Airhwar dan isterinya gara-gara memasak daging kambing.

Ia berikutan ramai penganut Hindu yang menganggap hari Selasa sebagai hari baik maka mereka tidak makan makanan bukan vegetarian pada hari tersebut.

Isteri Pappu melarangnya memasak daging kambing pada hari Selasa yang kemudian mengakibatkan pergaduhan antara pasangan itu.

Mendengar bunyi bising itu, Billu pergi untuk menyelesaikan pergaduhan dan pulang ke rumahnya selepas menyelesaikan isu itu.

Namun, kemudian Pappu pergi ke rumah ‘mangsa’ dan memukulnya sehingga mati.

Berikutan kematian Billu, polis membuat laporan pertuduhan ke atas Pappu berdasarkan kenyataan isterinya di mana Pappu ditangkap pada hari yang sama. - INDIA TODAY

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

masak kambing, Selasa, pukul jiran, mati

Artikel Lain