suria

Berebut ruang parkir, lelaki tak puas hati bertindak lumur najis pada kereta baru jiran

Rakaman CCTV menunjukkan perbuatan keji seorang lelaki yang melumur najis pada kereta jirannya.

GELAGAT seorang lelaki yang melumur najis pada kereta baharu jirannya selepas menuang air kecil ke dalam peti surat rumah pasangan itu di Hampshire, England, berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Sue Waters, 59, berkata, dia dan suaminya Martin, 61, sedang bercuti di Cyprus sebelum mendapat notifikasi memaklumkan seseorang sedang berhampiran kediaman mereka.

Alangkah terkejutnya pasangan itu apabila melihat wajah jiran mereka menerusi kamera di loceng pintu rumah pada 6 Ogos lalu.

Lelaki tersebut turut dilihat memegang botol sebelum membuka peti surat dan menuang cecair berkenaan di dalamnya.

Waters kemudian meminta anak perempuan dan menantu lelakinya untuk memeriksa rumah itu.

"Ternyata dia menuang air kencing ke dalam peti surat dan melumur najis kucing di merata tempat termasuk kereta dan depan pintu rumah saya, sebelum pergi ke pintu belakang untuk menuang air kencing ke dalam tong sampah.

"Anak dan menantu kami membersihkannya dengan mencuci lantai tetapi terpaksa membuang permaidani kerana berbau hancing. Kami sangat kecewa," kata Sue.

Jiran kepada pasangan itu didakawa menuduh mereka mengambil tempat letak keretanya. Kedua-dua pihak telah bertengkar mengenai perkara itu dengan pasangan Waters mempunyai bukti bahawa ia kepunyaan mereka sebagai 'ruang pelawat;'

"Polis mengatakan ia bukan satu tindakan jenayah, jadi dia berjaya melepaskan diri daripada segala perbuatan tanpa sebarang masalah," kata Waters. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain