suria

Pemuda bawa ibu pertama kali ‘dating’ dengan gadis kenal di aplikasi, terkejut dengan apa yang berlaku!

Pemuda ini membawa ibu untuk menemaninya 'dating' dengan gadis dikenali di aplikasi Bumble.

DALAM sebuah video yang dimuat naik oleh pencipta kandungan Instagram, Siddesh Lokare, dia berkongsi kisah keluar 'dating' buat pertama kali sambil ditemani ibunya.

Menerusi video yang tular itu, dia mula-mula menunjukkan dirinya sedang melihat Bumble, aplikasi janji temu pada telefon bimbitnya dan tiba-tiba terfikir untuk membuat pertemuan pertama dengan seorang gadis dalam aplikasi itu.

Lokare dalam video itu berkata, dia tidak memberitahu ibunya atau gadis berkenaan bahawa mereka akan bertemu antara satu sama lain.

Dia menulis keterangan dalam postingnya: "Saya jumpa rakan dari Bumble bersama ibu dan ini yang berlaku..."

Bagaimanapun dalam video itu, dapat dilihat Lokare semakin gementar dengan ideanya sendiri.

Dia tidak menyangka kedua-dua mereka begitu selesa berbual dan makan bersama selepas berkenalan antara satu sama lain, dalam pertemuan di sebuah restoran di India.

Menerusi pertemuan itu, gadis berkenaan yang tidak didedahkan namanya menyambut mesra kehadiran ibu Lokare tanpa rasa kekok atau janggal.

Malah dia juga sempat bercerita mengenai apa sebenarnya aplikasi Bumble kepada wanita berkenaan.

Di akhir rakaman, ibu Lokare dan gadis itu dilihat berjalan seiringan sambil berpegang tangan dan memeluk bahu masing-masing seperti sudah lama kenal.

Video itu viral dengan cepat dan setakat ini mempunyai lebih daripada 500,000 tontonan dengan beribu tanda suka dan komen.

Seorang pengguna kelihatan keliru dan menulis: "Saya masih tak percaya bagaimana gadis itu begitu selesa dan tak langsung tak rasa kekok. Kudos to her. Lovelyyyy." - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain