MANUSIA dengan gelaran 'lelaki paling kotor di dunia' kerana tidak pernah mandi selama beberapa dekad meninggal dunia pada usia 94 tahun, menurut media Iran. Amou Haji mengelakkan diri daripada mandi selama lebih dari setengah abad gara-gara bimbang akan jatuh sakit jika berbuat demikian. 'Geram' melihat keadaannya, penduduk kampung baru-baru ini membawanya ke bilik air untuk mandi, dakwa seorang pegawai tempatan. Lelaki itu meninggal dunia beberapa bulan kemudian. Agensi berita Iran IRNA mengesahkan dia meninggal pada Ahad di sebuah perkampungan di Dejgah, selatan negara itu. Dalam satu dokumentari tentang kehidupannya yang pelik, Haji berkata dia mula menjadi pengotor selepas mengalami masalah emosi semasa muda. Dia kemudiannya mengasingkan diri. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 tahun berpacaran, lelaki terkejut baru tahu teman wanita hanya mandi dua minggu sekali Selain tidak sukakan kebersihan, dia juga takut kepada makanan dan minuman segar kerana berpandangan ia juga akan menyebabkan dirinya tidak sihat. Sebaliknya, makanan kegemarannya adalah landak busuk dan dia memilih untuk minum air menggunakan tin minyak yang berkarat. Haji menghabiskan sebahagian besar hidupnya di kampung yang sama, iaitu di wilayah selatan Fars, di mana penduduk tempatan membina sebuah pondok terbuka untuknya. Mereka membina tempat tinggal itu selepas melihat dia tidur dalam lubang tanah. Dia juga lebih suka menghisap najis haiwan menggunakan paip buruk berbanding tembakau biasa. Kehidupannya diabadikan dalam filem dokumentari pendek berjudul "The Strange Life of Amou Haji" pada 2013. Jika dakwaan bahawa Haji tak pernah mandi selama 60 tahun, ia menjadikan dirinya sebagai 'lelaki paling kotor di dunia'. Seorang lelaki India bernama Kailash Singh, 67, mendakwa tidak mandi selama 39 tahun, dengan perbezaan tempoh masa selama 21 tahun dengan Haji. -Mirror UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI