KISAH tragis menimpa seorang wanita bernama Zahra, 52, apabila dirinya menjadi mangsa ular sawa dengan ukuran 6 meter panjang. Mayat Zahra ditemukan di dalam badan ular sawa tersebut oleh penduduk kampung. Kejadian bermula pada Jumaat apabila penduduk di kampung Terjun Gajah, Jambi, Indonesia ini hilang selama beberapa hari selepas pergi mengutip getah di kebun. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sehingga petang, mangsa masih tidak pulang ke rumah dan akhirnya dilaporkan hilang oleh ahli keluarga. Penduduk kampung kemudian mencari mangsa dan mereka menemui seekor ular sawa panjang dengan perut yang besar. Curiga melihat haiwan itu, penduduk membuat laporan kepada Ketua Kampung Terjun Gajah, Anton Hasibuan. "Kita sudah melakukan pencarian sejak malam minggu. Penduduk melihat dan menemukan ular sawa besar di kawasan semak dekat kebun getah penduduk,” kata Anton. Warga tempatan membantu membawa keluar mangsa dari ular berkenaan. Foto: Indiatimes Tidak lama kemudian perut ular sawa itu dipotong dan mayat Zahra ditemukan dalam keadaan masih elok di dalam perut haiwan. Dipercayai tubuh Zahra dibelit kuat hingga menyebabkan dia lemas dan tidak dapat bernafas sebelum ditelan bulat-bulat. Mayat segera dibawa ke hospital terdekat sebelum dikebumikan pada Isnin. Kes manusia ditelan ular sawa bukanlah kejadian pertama di Jambi. Sebelum ini, penduduk di Tanjung Jabung Timur ditemukan mati akibat dibelit haiwan sama. Seorang nenek warga emas, Indok Batari yang sedang buang air besar di tandas tiba-tiba dibelit ular sawa. Kejadian berlaku pada 8 Februari 2022 di mana mangsa sempat menjerit ketika dibelit. Anaknya yang mendengar jeritan itu segera keluar dan menolongnya. Ular itu kemudian melepaskan lilitannya dan menjalar jauh melarikan diri tetapi mangsa sudah tak bernyawa akibat dibelit kuat.- Indiatimes Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI