suria

Leher, tangan, kaki 2 beradik dirantai! Dengar tangisan ketika berjalan kaki ke masjid bongkar perbuatan ibu kandung, teman lelaki

Salah seorang kanak-kanak lelaki yang dirantai. -gambar hiasan foto Ukraine National Police/east2wes

NASIB malang menimpa dua beradik berusia tiga dan enam tahun apabila kedua-dua mereka dirantai oleh ibu kandung.

Lebih memilukan, dua beradik itu dirantai di bahagian leher, tangan dan kaki.

Kejadian berlaku di kediaman mangsa di Kampung Paken di Tabanan di Bali, Indonesia.

Insiden terbongkar apabila seorang penduduk bernama Sunardi mendengar tangisan kanak-kanak ketika dalam perjalanannya ke Masjid, kira-kira 7.30 malam Sabtu lalu.

Terpaksa memanjat pagar, dia melihat kedua-dua beradik lelaki itu hanya memakai lampin, berada di tepi tingkap rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis pulang ke rumah selepas punggung dirotan guru 6 kali, rupanya 20 pelajar jadi mangsa

Rantai besi turut dilihat melilit leher kedua-dua mereka, dengan tangan dan kaki turut dirantai.

Sunardi bersama jemaah masjid yang menyelamatkan kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis.

Pegawai siasatan jenayah polis Tabanan, AKP Aji Yoga berkata, siasatan mendapati suspek baru menetap di rumah tersebut selama empat bulan.

"Perkara itu dilakukan oleh suspek bersama teman lelakinya yang menyediakan rantai tersebut.

"Suspek bertindak merantai anak-anaknya kerana nakal," katanya.

Kedua-dua ibu kandung dan teman lelaki didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain