suria

Dua beranak hidup merempat gara-gara hutang cukai bekas suami

Jenkins kini kehilangan tempat tinggal. foto SWNS

SEORANG ibu dan anak lelakinya hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dilelong gara-gara tunggakan hutang cukai oleh bekas suami.

Victoria Jenkins menetap di Marbella, Sepanyol selama 22 tahun, dan merupakan tempat kelahiran anak lelakinya, Sam yang kini berusia 13 tahun.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan Mijas di Costa del Sol tiba-tiba memberinya notis pengusiran pada November 2020, selepas hartanya bernilai £280,000 (RM1.5 juta) dijual secara senyap dengan harga lelongan £24,400 (RM130,737).

Jenkins dan bekas suami membeli flat di Riviera del Sol dengan harga £235,500 (RM1.26 juta) dan tiada gadai janji atau hutang lain terhadap harta itu.

Dia diberitahu bahawa harta tersebut telah dijual atas cukai tanah yang belum dibayar oleh bekas suami, Lee Cohen, yang memilikinya secara rasmi.

Selepas membayar hutang, pegawai menyimpan baki wang, mendakwa ia digunakan untuk membayar yuran guaman.

Sejak pengusirannya pada Oktober lalu, Jenkins hidup merempat dan kini menumpang di rumah rakannya.

Dia mendapati rumahnya telah dijual pada 2015 selepas surat mengenai hutang itu dihantar ke alamat yang salah.

Jenkins kini mencabar kesahihan penjualan itu tetapi mungkin mengambil masa bertahun-tahun sebelum kesnya dibicarakan oleh tribunal di Mahkamah Agung di Madrid.

"Saya berasa tidak berdaya, dibuli, tidak dapat melindungi anak saya, cemas dan takut. Saya tidak pernah berasa begitu diganggu dan tidak berdaya.

"Saya tidak faham mengapa hak undang-undang anak saya diabaikan," kata Jenkins. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain