suria

“Rasa tak sedap hati” – Gadis hilang lebih seminggu kongsi posting terakhir di TikTok

Gadis ini sempat berkongsi posting di TikTok sebelum dilaporkan hilang. foto TikTok/Queensland Police

SEORANG gadis sempat memuat naik posting terakhirnya di TikTok sebelum dilaporkan hilang.

Kali terakhir dilihat oleh rakannya yang menghantarnya, Tea Wright-Finger berusia 19 tahun itu mengusahakan ternakan lembu di Queensland, Australia.

Pada 16 Oktober lalu, dia keluar dari kenderaan rakannya untuk menaiki kereta Toyota Prado 4WD di Townsville, di Richmond.

Kurang dua minggu kehilangannya, gadis itu sempat menyiarkan video di TikTok dengan mengatakan: "Saya berasa tak sedap hati, saya mahu pulang ke rumah."

Video itu diberi kapsyen 'Tempat Selamat' kemudian melihatnya beralih daripada gambarnya kepada satu siri klip ternakan lembu dengan tulisan 'Home'.

Setakat ini, operasi mencari sejauh 700 kilometer mendapati telefonnya dihidupkan seketika di kawasan Sungai Flinders pada Selasa lalu - selain itu, tiada penemuan lain yang dibuat.

Pasukan mencari kini menumpukan perhatian di kawasan itu, walaupun mangsa tidak pernah menggunakan kad banknya.

Operasi mencari dilakukan di darat dan udara bagi mengesan kehilangan gadis itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain