suria

Ingatkan seorang, rupanya 13 lagi wanita jadi mangsa lelaki kencing dalam botol

Rakaman kamera menunjukkan Diaz kencing dalam botol minuman wanita.

SERAMAI 13 lagi mangsa tampil mendakwa mereka menjadi mangsa dalam kes membabitkan seorang petugas kebersihan yang menghidap penyakit kelamin (STD).

Ia susulan kisah lelaki itu didapati mencuci kemaluannya dalam botol air milik seorang wanita.

Kes tersebut menyaksikan 13 lagi mangsa yang mendakwa mereka menerima jangkitan penyakit itu daripada Lucio Diaz, 50.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang cuci cuba sebar STD, tergamak kencing dalam botol minuman pekerja wanita

Menurut pendengaran di mahkamah Amerika Syarikat, seorang wanita pada mulanya mendakwa dia menghidap STD selepas seorang petugas kebersihan membuang air kecil dalam botol.

Semasa perbicaraan mahkamah, Diaz diberikan bon AS$75,000 (RM402,191) selepas dia didakwa melakukan serangan tidak senonoh dan serangan teruk dengan senjata membawa maut.

Kedua-dua pertuduhan awal berkaitan dengan wanita yang sama berusia 54 tahun.

Wanita itu mendakwa Diaz menyebabkannya dijangkiti penyakit kelamin selepas meminum air kencing lelaki itu dari botol airnya.

Tindakan petugas pembersihan itu dirakamkan menerusi kamera yang dipasang pada meja murid berkenaan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain