suria

Selepas 3 tahun berpacaran, lelaki terkejut baru tahu teman wanita hanya mandi dua minggu sekali

Perbincangan itu tidak berjalan lancar apabila diberitahu mengenai masalah itu (Foto: Getty Images/PhotoAlto)

SEORANG lelaki tampil membuat pendedahan mengejutkan di mana menurutnya teman wanitanya hanya mandi dua minggu sekali.

Menurut lelaki tersebut, dia begitu menyayangi pasangannya, tetapi disebabkan wanita itu enggan mandi, dia terpaksa tidur di sofa kerana tidak tahan dengan bau badan kekasihnya itu.

Membuat luahan di Reddit, lelaki itu mendakwa bahawa sepanjang tiga tahun hubungan percintaan mereka, dia tidak pernah menyedari kekurangan tersebut.

Namun menurutnya, dia hanya menyedari perkara itu selepas beberapa bulan mereka tinggal bersama.

“Selepas beberapa bulan tinggal bersamanya, saya sudah muak.

“Saya tidur di atas sofa kerana baunya sangat menyengat.

“Saya cuba beritahu dia secara berhadapan mengenai perkara ini dan cuba bercakap serius mengenainya,” katanya.

Walaupun sudah cuba berbincang mengenai perkara tersebut dengan baik, namun teman wanitanya marah dan enggan menerima cadangannya serta mula menangis. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain