suria

Wanita mati dibunuh teman lelaki... mayat dikerat, dibuang dalam mangkuk tandas

Robledo (kanan) dihukum penjara kerana membunuh kekasihnya. foto CEN

KEJAM! Seorang lelaki dihukum penjara selepas didapati membunuh teman wanitanya berusia 25 tahun.

Dikatakan suspek kemudian mengerat mayat dan cebisan bahagian badannya dibuang dalam mangkuk tandas.

Dalam kejadian pada Februari 2020, Erik Francisco Robledo, 46, membunuh Ingrid Escamilla di rumahnya di Mexico.

Dia dijatuhi hukuman maksimum 70 tahun selepas lebih 26 perbicaraan, dan berakhir Khamis lalu.

Robledo mengaku bersalah mengerat Ingrid dengan membuang bahagian badan dan organ dalaman ke dalam tandas.

Jiran dipercayai menghubungi polis selepas melihat pembunuh itu meninggalkan rumahnya dalam keadaan berlumuran darah.

Rakaman yang dikumpul dari malam sama menunjukkan bekas jurutera awam itu berlumuran darah di dadanya, ketika ditahan polis.

Mangsa pernah melaporkan mengenai pasangannya kepada pihak berkuasa pada 2019, kerana keganasan rumah tangga, tetapi kemudian membatalkan pertuduhan itu.

Robledo juga diperintahkan untuk menampung kos pengebumian Ingrid dan membayar pampasan kepada keluarganya. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain