suria

Terdesak mahu beli telefon pintar berharga RM516, gadis nekad jual darah

Seorang gadis nekad menjual darahnya kerana terdesak mahu memiliki telefon pintar. Gambar hiasan.

KERANA terlalu ingin memiliki sebuah telefon pintar, seorang gadis berusia 16 tahun nekad mahu menjual darahnya kepada bank darah di sebuah hospital.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Dinajpur, Bangladesh.

Menurut pihak berkuasa, gadis itu sudah menempah telefon pintar bernilai Rs 9,000 (RM516) secara dalam talian.

Bagaimanapun gadis itu tidak mempunyai wang yang cukup dan disebabkan terdesak, dia memutuskan untuk pergi ke hospital di Balurghat bagi menjual darahnya sebagai pertukaran untuk mendapatkan wang.

Gadis itu meninggalkan rumahnya pada 17 Oktober dan memberitahu keluarganya bahawa dia mahu menghadiri tuisyen.

Dia meninggalkan basikalnya di perhentian bas dan kemudian menaiki bas dari Tapan untuk sampai ke Balurghat yang terletak kira-kira 30 kilometer.

Bagaimanapun pihak bank darah berjaya memujuk gadis itu dan menghalangnya daripada menjual darahnya.

Gadis itu kemudian diberi kaunseling dengan bantuan jawatankuasa kebajikan kanak-kanak daerah sebelum diserahkan kepada ibu bapanya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain