SEORANG wanita berkongsi video 'ngeri' apabila rumahnya 'dihujani' ratusan ulat yang jatuh dari atas siling. Liv, 21, yang juga seorang TikToker berkata, kejadian tersebut sudah dialaminya selama kira-kira enam hari, sebelum mengetahui ulat tersebut berpunca daripada mayat jirannya di tingkat atas yang sudah meninggal dunia. "Ulat telah jatuh dari siling saya selama enam hari. Ia bukan dua, malah bilangannya mencapai ratusan ekor," katanya. Liv turut bertanya kepada jiran sebelah rumah sama ada mereka pernah menemui sebarang pepijat atau ulat di apartmen mereka. "Jiran-jiran naik ke atas dan menekan loceng rumah itu tetapi tiada jawapan, sebelum terhidu bau busuk lalu menghubungi polis," katanya lagi. Di dalam videonya, Liv turut meluahkan rasa kesal kerana aduannya kepada pemilik rumah tidak dipedulikan. Disebabkan tidak tahan dengan bau busuk yang sangat teruk, Liv terpaksa berpindah ke apartment baru. - Thesun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI