suria

Pesawat terhempas dekat apartment akibatkan semua maut, penduduk rasa rumah bergegar

Semua mangsa dalam pesawat terkorban. foto Shaugn Calkins/Reuters

SEBUAH pesawat satu enjin terhempas di sebelah bangunan apartment sebelum terbakar, mengakibatkan semua mangsa terkorban.

Pesawat itu melanggar sebuah bangsal di New Hampshire, Amerika Syarikat, berjarak sebatu dari lapangan terbang Dillant-Hopkins Keene, kira-kira pukul 7 malam Jumaat (7 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Pesawat itu, yang dianggap sebagai enjin tunggal Beechcraft Sierra, kemudian terbakar pada ketinggian 40 kaki, menyebabkan kepulan asap tebal di udara.

Untuk rekod, tidak jelas berapa ramai menaiki pesawat berkenaan.

Pihak bandar Keene dalam satu kenyataan berkata: "Terdapat nahas pesawat berhampiran Lapangan Terbang Keene ke dalam bangunan kediaman berhampiran Hope Chapel.

“Tiada kecederaan dilaporkan berlaku pada penghuni itu. Malangnya mereka yang berada di dalam pesawat terkorban," menurut kenyataan itu.

Jabatan Polis Swanzey berkata, responden pertama hadir di tempat kejadian sejurus selepas kejadian itu, manakala Palang Merah Amerika dari New England Utara mengesahkan mereka menghantar enam anggota untuk membantu.

Dalam satu ciapan, badan amal cawangan New England Utara berkata: "Kami mempunyai enam Palang Merah di tempat kejadian kebakaran di Main St. di Keene, NH susulan pesawat terhempas di bangunan petang ini.

"Palang Merah menawarkan bantuannya."

Penduduk tempatan di kompleks pangsapuri bersebelahan mendakwa merasakan rumah mereka bergegar apabila pesawat itu melanggar bangsal.

Lapan penyewa dipindahkan dari bangunan pangsapuri berdekatan walaupun tidak mengalami kecederaan.

Menurut pihak berkuasa, sebahagian bangunan terbakar susulan kejadian itu.

Seorang mangsa berada di dalam blok pada masa nahas, Scott Gauthier, berkata: "Saya hanya mengambil apa yang perlu sebelum keluar dan melihat ke udara.

“Bumbungnya terbakar. Ia sudah merebak ke seluruh bumbung belakang rumah," katanya. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain