suria

[V] Mak ayah kahwin semula selepas 16 tahun cerai, anak harap kali ini kekal

Mereka memutuskan untuk kembali rujuk dan majlis diadakan pada 10 Oktober lalu.

KISAH cinta pasangan ini memang unik.

Mereka berdua rujuk dan bernikah semula selepas 16 tahun bercerai.

Momen ijab kabul antara mereka berdua begitu menyentuh hati dengan video yang dikongsi anaknya di akaun TikTok @ndi_ahmad menjadi tular.

Berdasarkan keterangan pada postingnya, lelaki itu menceritakan bahawa kedua-dua orang tuanya bercerai 16 tahun lalu dan masing-masing bernikah dan menjalani kehidupan dengan orang lain.

Bagaimanapun, jodoh masing-masing tidak panjang dan mereka berdua bercerai dengan pasangan baharu.

Mereka berdua akhirnya memutuskan untuk kembali rujuk dan majlis diadakan pada 10 Oktober lalu.

“Mama dan bapa rujuk dan nikah kembali setelah 16 tahun berpisah. Masing-masing telah menikah,” kata @ndi_ahmad dalam video yang dikongsi.

Majlis dilakukan secara sederhana di sebuah rumah dan pengantin perempuan hanya mengenakan tudung dan baju putih bersama hiasan sederhana, begitu juga dengan pengantin lelaki.

Menerusi video, dapat dilihat majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh anak-anak, cucu serta keluarga terdekat, di Indonesia.

Pemilik video juga mengucapkan rasa syukurnya dan gembira kerana ibu bapanya yang sudah bercerai belasan tahun, masih mampu bersatu.

“Kalian pasti iri (cemburu), sebabnya kami boleh tengok mak ayah kami nikah. Kamu semua belum lahir,” ucap pemuda tersebut.

Dia juga berharap agar pernikahan ini menjadi yang terakhir antara keduanya. - INDOZONE.ID

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain