suria

Remaja 19 tahun bertunang dengan nenek 56 tahun, bukan kerana harta!

Jodoh tidak mengenal usia antara Wuthichai dan Janla. foto ViralPress

SEORANG pemuda berusia 19 tahun dan nenek berusia 56 tahun selamat bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Wuthichai Chantaraj, 19, bertemu dengan tunangnya, Janla Namuangrak, 56, hampir 10 tahun lalu ketika wanita itu pindah ke sebelah rumah keluarganya di Akat Amnuay, Sakhon Nakhon, Thailand.

Perkenalan pertama mereka berlaku ketika Janla meminta Wuthichai, yang ketika itu merupakan budak lelaki berusia 10 tahun untuk membantu memindahkan beberapa pasu untuk tanamannya.

Sejak itu Wuthichai sering datang ke rumah wanita tiga anak yang sudah bercerai itu untuk bermain dan membantunya melakukan kerja-kerja tertentu.

Mereka menggambarkan hubungan awal mereka sebagai 'sahabat, tetapi ketika Wuthichai berusia 17 tahun, dia mula mempunyai perasaan terhadap Janla dan mereka akhirnya menjadi pasangan bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Remaja 16 Tahun Dengan Nenek 71 Tahun Direstui

Mereka memberitahu tentang hubungan yang terbina kepada keluarga masing-masing pada awal tahun ini dan sejak itu, kisah cinta mereka telah menjadi berita utama di Thailand.

"Wuthichai sudah seperti wira bagi saya. Dia membantu saya setiap hari. Kemudian apabila dia meningkat dewasa, kami mula mempunyai perasaan antara satu sama lain," kata Janla memetik Mirror UK.

"Saya terkejut sebab saya dah mengenalinya sejak kecil. Apabila kami memaklumkan kepada semua bahawa kami sedang jatuh cinta, mereka anggap kami gila. Anak-anak saya terkejut.

"Tapi dia membuatkan saya rasa muda kembali dan kami tetap bersama. Kami senang. Kami akan berkahwin," kata Janla.

Sejak mengumumkan hubungan mereka, Wuthichai dan Janla sering keluar bersama dan berpegangan tangan seperti pasangan normal yang sedang jatuh cinta.

Mereka tahu bahawa jarak usia 37 tahun di antara mereka sukar untuk diterima bagi kebanyakan orang, tetapi bagi mereka kebahagiaan bersama adalah yang paling penting.

Setakat ini, kedua-dua belah keluarga tidak membantah hubungan mereka termasuklah anak-anak wanita itu yang berusia 30-an.

Wuthichai dan Janla bertunang pada awal 2022 dalam majlis ringkas.

Ketika berita tentang kisah cinta luar biasa itu tersebar di Thailand pada Januari, ramai menganggap Wuthichai hanya berminat dengan harta benda wanita itu, tetapi tidak lama kemudian terbongkar bahawa Janla cuma tinggal di rumah usang dan tidak berharta. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain