suria

Lelaki berbogel, tangan bergari mati lemas selepas terjun kolam gara-gara lari daripada tahanan polis

Pasukan penyelam akhirnya menemui mayat lelaki berkenaan selepas beberapa jam usaha mencari dijalankan.

SEORANG lelaki berjaya melarikan diri daripada tahanan polis walaupun digari dalam keadaan bogel, sebelum berlari terjun ke dalam kolam dan lemas.

Insiden itu berlaku pada petang Khamis, menurut Jabatan Polis Tulsa.

Difahamkan, pihak polis pada mulanya dihubungi untuk ke sebuah kawasan perumahan, Shoreline Apartment Homes.

Sejurus tiba, anggota dan pegawai melihat satu pintu kaca pecah kerana dimusnahkan menggunakan batu bata dan mendapati suspek yang berbogel, berada di dalam 'clubhouse' di kawasan kediaman itu lantas menahannya.

Ketika sedang disoal siasat, suspek kemudian melarikan diri melalui pintu belakang dan melompat melepasi pagar halaman dan berlari ke dalam kolam yang terletak di belakang apartment.

"Polis melakukan usaha mencari tetapi suspek masuk ke dalam air dan tidak timbul," demikian menurut polis.

Pasukan penyelam dari Jabatan Polis Tulsa dipanggil untuk membantu operasi mencari.

Mayat suspek akhirnya ditemui selepas beberapa jam usaha mencari dilakukan.

"Kami sedang dalam proses mencari waris suspek. Maklumat lanjut akan dikeluarkan kemudian," kata polis. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain