suria

Pasangan kekasih kantoi! Selepas gugur kandungan, tanam belakang surau

Pasangan kekasih tanam bayi di belakang surau.

POLIS menahan sepasang kekasih yang menanam mayat bayi di sebuah tanah kosong, atau lebih tepat lagi di belakang surau.

Polis berkata mayat bayi itu ditanam selepas pasangan berkenaan nekad menggugurkan kandungan, dalam kejadian di Jakarta Timur, Indonesia.

"Ya betul (bayi gugur kandungan), pelaku sudah kita tahan," Ketua Polis Ciracas, Kompol Jupriono mengesahkan kepada wartawan, Sabtu.

Jupriono menambah, mayat bayi tersebut ditemui pada minggu lalu dan pelaku merupakan anak ketua komuniti di kawasan tersebut.

Menurutnya, bayi tersebut merupakan hasil hubungan dengan bekas kekasih.

"Kalau ikut kenyataan awal, bukan anak mereka.

"Bukan hasil hubungan anak ketua komuniti dengan perempuan itu. Jadi, dengan kekasih sebelumnya," katanya.

Tambahnya lagi, pelaku bersama kekasihnya ditahan dan diserahkan ke Polis Jakarta Barat kerana kejadian berlaku di wilayah tersebut. -okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain