SAMBUTAN Halloween tahun ini turut diraikan dengan meriah di negara Arab Saudi. Di Riyadh misalnya, lokasi seperti Boulevard diubah menjadi pesta pakaian seram yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat. Pelawat yang hadir diberikan pas masuk percuma ke Boulevard dengan syarat mereka memakai pakaian yang menakutkan. Ia bertujuan mewujudkan suasana yang penuh dengan keseronokan di sebalik pelbagai kostum watak yang seram. Seorang pengunjung, Abdulrahman turut hadir memeriahkan acara itu sambil menggayakan pakaian makhluk mitologi Amerika Utara Wendigo. Menurut Abdulrahman, ini adalah kali pertama dia menyambut Halloween di negara Arab Saudi. "Ia satu sambutan yang hebat. Jujurnya, saya dapat rasa semangat keseronokan. Dari segi haram atau halal, saya tidak tahu mengenainya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Korban Halloween Itaewon ragut 149 nyawa... Tular rakaman muda-mudi terus berjoget halang ambulans "Kami meraikannya hanya untuk keseronokan dan tidak ada yang lain. Kami tidak percaya apa-apa," katanya kepada Arab News. Seorang lagi pengunjung acara itu, Khaled Alharbi, berkata: "Tindakan berdasarkan niat. Saya di sini hanya untuk berseronok." Alharbi datang bersama keluarganya, lengkap berpakaian seperti doktor, jururawat dan perunding berdarah. Alharbi turut membawa seorang ahli keluarga berusia dua tahun yang berpakaian sebagai ahli sihir. Ini juga merupakan kali pertama keluarganya meraikan Halloween. Acara itu lengkap dengan pertunjukan bunga api, kesan bunyi khas dan hiasan yang menyeramkan. Acara serupa turut diadakan tahun ini di Boulevard Riyadh City dan Winter Wonderland pada 17 dan 18 Mac. - Arab News. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI