suria

Diikat guna kain sarung... jenazah bonceng motosikal, diusung penduduk berpuluh km

Jenazah diikat menggunakan kain sarung. foto KOMPAS.COM/JUNAEDI

SEORANG pemandu Ojek (teksi motosikal) memindahkan jenazah seorang penduduk dengan mengikatnya menggunakan kain sarung.

Kejadian berlaku di Pasangkayu, Sulawesi Barat, Indonesia.

Kisah tersebut menjadi tular di media sosial selepas satu hantaran di muat naik di laman Facebook.

Dilaporkan seorang penduduk kampung ditemui meninggal dunia di atas jalan, di Kampung Pakava, di Pasangkayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Diikat pada badan, paramedik bonceng mayat di tengah hutan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh pinjam ambulans, keluarga terpaksa jalan kaki usung jenazah 13km

Keluarganya kemudian mahu membawa jenazah pulang ke kampung halaman.

Bagaimanapun, keadaan jalan berlumpur dan lokasi terpencil menyebabkan tiada pilihan melainkan jenazah dipindahkan menggunakan teksi motosikal (Ojek).

Jenazah diikat menggunakan kain sarung, dan salah seorang penduduk menahannya dari belakang supaya ia tidak jatuh.

Mereka membantunya secara bergilir sehingga tiba di destinasi di Kampung Ngowi, sejauh berpuluh kilometer (km).

Seorang penduduk, Alfianus berkata, pada mulanya mereka membawa jenazah itu menggunakan motosikal separuh jalan.

Namun, keadaan jalan yang melalui kawasan berbukit yang tidak dapat dilalui kenderaan bermotor, jenazah terpaksa diusung ke kampung halaman.

"Separuh jalan dipindahkan menggunakan teksi motosikal di jalan berlumpur. Separuh jalan lagi dibawa oleh penduduk secara bergilir kerana laluan berbukit sukar dilalui teksi motosikal, apatah lagi membawa muatan berat,” jelas Alfianus. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain